When Should I Use Cutting Mat With Cameo?

When Should I Use Cutting Mat With Cameo?
Bang! Saya nak tanya, cutting mat untuk cameo tu.. saya nak pakai masa bila ya?😄

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera kepada pengikut setia FULRY!!

Sihat ke tu? Admin Doakan korang sentiasa sihat dan terus bersemangat berjuang dalam bisnes masing - masing!

Topik kita pada minggu ini ialah topik hangat yang pelanggan Fulry sering keliru lagi-lagi yang baru lagi dalam bidang ini... perlu cutting mat atau tidak bila nak buat job.

Ada beza ke kalau pakai ke tak ke?
Jawapannya ialah ya!
Ada beza mengikut material job anda!

Jom kita tengok!

TIDAK PERLU :
Material seperti Heat Transfer Vinyl.
Kenapa?? Sebab Vinyl mempunyai back paper iaitu kertas yang memegang vinyl tersebut daripada jatuh ketika proses pemotongan..

Atau, jika anda ingin memotong stiker anda menggunakan kaedah KISS CUT.
(potong tidak sehingga menembusi back paper)

PERLU :
Material seperti Art Paper. Kenapa?? Sebab Art Paper tidak mempunyai back paper, jadi bila kita potong
ia perlukan sokongan di belakang supaya tidak terus jatuh.

Atau, jika anda ingin memotong stiker anda menggunakan kaedah DIE CUT.
(potong sehingga menembusi back paper)

Jadi dah tahu bila anda perlu dan tidak perlu cutting mat jika ingin menggunakan cameo cutting plotter? 
SO takdelah confuse dah lepasni! Sampai sini sahaja perkongsian admin untuk hari ini.

Jangan lupa share dengan kawan-kawan printers anda yang baru nak berjinak jinak dengan cameo!
Ada persoalan atau cadangan untuk FULRYKIPEDIA seterusnya boleh comment dibawah ya!




Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping