PVC VINYL & PU VINYL : What's the difference?

PVC VINYL & PU VINYL : What's the difference?
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada followers Fulrykipedia yang menanti topik kita pada minggu ini!
Macam biasa, Admin suka pantau pelanggan Fulry yang rajin bertanya tentang produk Fulry. 

Admin suka tauuuu orang yang rajin bertanya ni, sebab nanti korang takdelah tersilap buat job dan customer pun puas hati dengan hasil kerja korang.

Tapi sebelum nak buat job tu korang kena la ada ilmu dulu, tak banyak pun atleast ada sikit-sikit.
Tak rugi okay, malah boleh menjimatkan masa korang!

Topic minggu ini : Fulry Vinyl!
Banyaknya jenis! Adoi, nak pilih yang mana? Ada beza ke?
Mestilahhhh. Jom admin cerita sikit!

Heat Tranfser Vinyl ialah satu bahan yang boleh di potong menggunakan cutting plotter dan direct korang boleh heat press di atas baju.Tapi, Heat Transfer Vinyl ada bermacaaamm jenis. Basicnya ialah PU dan PVC.
Kedua-dua mereka ada kelebihan dan juga kekurangan.

Kalau nak tahu mana yang sesuai untuk job anda, sila lah baca :

Heat Transfer Vinyl (PU) :
Paling sesuai digunakan di atas Cotton! Admin, kalau microfiber tak sesuai ke?
Bukan tak sesuai, boleeehhh je tapi korang akan nampak texture lubang baju microfiber tu selepas heatpress.
Itu sahaja. Jadi tak perlu risau! Kalau customer korang okay, boleh je jalan job!

Kelebihan Heat Transfer Vinyl (PU) :
Lebih nipis berbandng PVC
Fleksible
Tahan lasak
Tahan basuhan
Ketebalan : 90 micron

Heat Transfer Vinyl (PVC) :
Paling sesuai digunakan di atas Microfiber! 
Admin, kalau cotton tak boleh ke?
Bukan tak sesuai, boleeehhh je tapi korang akan rasa ketebalan PVC ini lebih sikit daripada PU.
Jadi tak perlu risau juga okay!

Kelebihan Heat Transfer Vinyl (PVC) :
Lebih tebal berbanding PU
Lebih murah
Tahan lasak
Tahan basuhan
Ketebalan : 1.9mm

So korang dah tahu kan macam mana nak bezakan antara kedua jenis Vinyl yang admin dah ceritakan?

Lepas ni boleh la korang apply ilmu ini ke dalam job korang, jadi tiada kerugian dan juga menjimatkan masa!

Your Welcome guys!
Semoga bertemu lagi di masa hadapan ya guys! Adios!


Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping