5 Perkara untuk Majukan Bisnes Anda

 Nak tahu 5 Perkara untuk Majukan Bisnes Anda?


 Tak kiralah sama ada bisnes anda besar atau kecil, ada waktu-waktunya

 anda akan rasa sangat kecewa dengan keadaan sekeliling atau apa

 yang berlaku kepada anda. Terutamanya jika apa yang anda rancangkan

 tak berhasil. Sebelum anda terus menangis di bucu katil mengenangkan

 nasib bisnes, kami nak share dengan anda 5 Perkara untuk majukan

 Bisnes Anda. Semoga bermanfaat!


1) Visi & Misi

Perniagaan anda mesti ada Visi dan Misinya yang tersendiri. Anda 

mesti dah tahu kenapa anda buat bisnes, untuk tujuan apa, apa yang 

anda nak capai dan bagaimana anda nak mencapainya. Kan? 

Bila dah rasa macam down, apa kata anda tengok balik Visi dan 

Misi anda. Ingat kembali kenapa anda mulakan bisnes ni? Ingat 

kembali apa yang anda nak capai bila bisnes anda berjaya.



2)Besarkan Impian 

Kadang-kadang, kita rasa down dalam bisnes sebab kita dah capai

banyak impian dan ianya buatkan hidup kita dah jadi biasa-biasa. 

Bila kita dah berada di satu keadaan yang selesa, tindakan yang

 kita buat akan jadi tindakan yang biasa. 'Nothing extra ordinary.'

Jadi hasil yang kita dapat pun akan jadi biasa-biasa.




3)Tingkatkan Ilmu 

Setinggi mana tahap ilmu yang seseorang ada, tinggi itulah juga tahap 

pendapatan mereka.Contoh, jika anda hanya tahu buat bisnes dengan

jualanoffline, anda tak akan dapat jual secara online atau buat sistem 

agen dan stokis jika anda tak ada ilmunya, terutama ilmu yang dah terbukti 

berjaya. Kalau nak buat juga, anda pasti akan mengalami berbagai masalah

dan situasi sebelum anda berjaya untuk faham dan lebih tahu. Itu maknany

belajar dari pengalaman.Dan anda kena laluinya berkali-kali baru kita lebih 

faham. Jika kita belajar dari guru atau mentor yang dah terbukti berjaya, 

yang dah pernah lalui pengalaman yang sama, kan lagi senang dan mudah.



4) Perbaiki Networking 

Cek balik siapa yang ada di sekeliling anda. Adakah mereka tergolong

dari orang yang lebih berjaya dari anda atau tidak? Kadang-kadang, 

kita rasa sangatbest bila kita tahu orang di sekeliling kita adalah

kurang berjaya dari kita. Jika kita berada dalam circle yang lebih berjaya 

dari kita, kita akan berusaha untuk jadi sama dengan mereka.

Bukan bermaksud kita lupakan terus orang lain tapi kita boleh berada

di dalam pelbagai kumpulan kenalan. Ada kumpulan yang kita jadikan

inspirasi, ada kumpulan kita pula yang menginspirasikan.



5)Contohi Kejayaan Orang Lain 

Susah untuk kita berjaya bila kita tak ada satu model yang boleh kita 

jadikan contoh. Kalau tak jumpa contoh yang ada di sekitar, carilah

contoh kejayaan dari luar. Anda bukan sahaja perlu jadikan kisah 

kejayaan peribadi sebagai contoh, tapi anda juga perlu jadikan 

'business model' mereka sebagai contoh.






Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.